About Me

My photo
KOTA KINABALU, SABAH, Malaysia
welcome to my blog space. All contents of this blog are sharing purposes only.

Monday, November 15, 2010

Peluang Pekerjaan Buat Graduan Psikologi

Pengenalan


Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.
Psikologi boleh dikatakan bahawa pelbagai bidang berkait yang duduk di bawah nama yang sama termasuk:

Prospek Bidang Kerjaya Psikologi

Pelajar yang mengikuti bidang Psikologi mempunyai bidang pekerjaan yang amat luas.Pelajar yang mengikuti bidang pengajian psikologi boleh menempatkan diri di dalam sektor Kerajaan dan Swasta. Antara bidang yang boleh di ceburi dalam psikologi adalah;

Bidang Kaunseling ;
1)Kaunselor di Sektor Swasta & Kerajaan 
2)Perunding Kerjaya Motivator
3)Pegawai Pumulihan Dadah Agensi Antidadah Kebangsaan 
4)Perunding Cara
5)Penasihat Kerjaya

Bidang Pengurusan/Industri & Organisasi
1)Pegawai sumber manusia
2)Pegawai Personal
3)Pegawai latihan
4)Pegawai penyelidikan
5)Pegawai Pembangunan
6)Pegawai Perangkaan
7)Pegawai Pemasaran Bank dll organisasi
8)Pegawai Pengambilan Pelajar (IPT Swasta) 
9)Pegawai Penasihat Kredit (AKPK) 

Bidang Sosial
1)Pegawai Sosial
2)Pegawai Kebajikan Masyarakat
3Pegawai Pembangunan penduduk
4)Pegawai Perpaduan
5)Pegawai Perhubungan Awm

Bidang Perkembangan
1) Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak/Psikologi/Kerja Sosial
2)Guru tadika/Pendidikan Khas
3)Pegawai bagi pendidikan Khas
4)Pegawai Perunding keluarga/kanak-kanak/remaja/dewasa/orang tua
5)Pegawai Runding Cara
6)Pegawai Penasihat.

14 comments:

Anonymous said...

belajar psikologi ni ada maths x? sebab saya minat maths n psikologi. mcm rugi je kalau x blaja maths lagi.

mexnuelpinus.blogspot.com said...

Hai.. Belajar psikologi mmg ada belajar math n kena pandai math..contoh pembentukan soal selidik kadangkala kita kena mggunakan manual untuk pengiraan..selain tu belajar psikologi juga kena belajar Statistik Tingkah laku.. pemgiraan tahap tingkah laku d dss.. ada apa2 soalan bkaitan Psikologi boleh add Facebook sy d x.mexx@yahoo.com kita bole bbincang lebih lanjut.. TQ !

Anonymous said...

saya minat psikologi dan ada mohon di ukm . namun, saya mendapat tawaran di usm untuk applied biology. erm, luas x peluang pekerjaan lepasan psikologi ni? kalau untuk kerja di hospital mental, pengkhususan apa yang sesuai ?

Anonymous said...

saya minat psikologi dan ada mohon di ukm . namun, saya mendapat tawaran di usm untuk applied biology. erm, luas x peluang pekerjaan lepasan psikologi ni? kalau untuk kerja di hospital mental, pengkhususan apa yang sesuai ?

mexnuelpinus.blogspot.com said...

Cuba buat rayuan ke UPU..kalau tak pun cuba buat rayuan terus ke UKM.. Bg soalan Saudara/Saudari berkaitan pemgkhususan bidang psikologi..saundara/i boleh ambil psikologi kaunseling atau ambil bidang psikologi sahaja, pure in psychology. bg psikologi kaunseling (UMS) bg psikologi sahaja (UIAM & UKM) tq

Anonymous said...

Salam bro sy dari bidang business bleh ke mintak ijazah psikologi Di ukm? Mohon bntuan sedara

mexnuelpinus.blogspot.com said...

Soalan : Salam bro sy dari bidang business bleh ke mintak ijazah psikologi Di ukm? Mohon bntuan sedara

Jawapan : kalau boleh saya tahu saudara ni pemegang diploma atau STPM ? kalau saudara pemegang STPM dalam bidang perniagaan memang tiada masalah dan boleh memohon ke UKM melalui UPU. tetapi pastikan keputusan STPM saudara menepati syarat am dan khas universiti yg dipohon.. bagi pemegang diploma pula selalunya pihak UPU akan bagi keutamaan pada pemegang diploma psikologi, kauseling dan sains sosial.. tapi untuk dapat maklumat lanjut saudara boleh hubungi bahagian pengambilan UKM.. utk keterangan lanjut

CHiNta~ said...

hye3..sy nak tnya lbih lanjut mngenai psikologi..ble bg nick name fb? sy x ble cri melalui email yg diberikn..trma kasih..

mexnuelpinus.blogspot.com said...

saya dah approve. :D

Unknown said...

Saudara,bagaimana pula dengn psikologi kanak-kanak dan keluarga?adakah ianya sama dgn psikologi kaunseling?
Tq.

mexnuelpinus.blogspot.com said...

Psikologi kaunseling dan psikologi kanak-kanak dan keluarga adalah berbeza..

Anonymous said...

Ya saudara, kamu dh mnjawat kerja apa slps graduate drp kos psikologi?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mexnuelpinus.blogspot.com said...

terima kasih kerana singgah ke ruangan saya ini... info2 ni smua saya masukkn masa zaman study dlu.. ok berbalik kepada soalan saudara/i

soalan : Ya saudara, kamu dh mnjawat kerja apa slps graduate drp kos psikologi?

Jawapan : syukur pada tuhan sejurus tamat pengajian sy terus mendapat tawaran daripada SPA..sekarang ini saya bertugas di Kementerian Dalam Negeri, Agensi Antidadah Kebangsaan Sebagai Pegawai Antidadah..