About Me

My photo
KOTA KINABALU, SABAH, Malaysia
welcome to my blog space. All contents of this blog are sharing purposes only.

Monday, March 14, 2011

KEMAHIRAN SOSIAL

Apakah kemahiran sosial?

Kemahiran yang membantu anda menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti
  • Membina persahabatan
  • Berbual dengan orang lain
  • Mempunyai budi pekerti yang baik
  • Mempunyai rasa empati terhadap orang lain

Hubungan baik bererti memudahkan kehidupan anda.

kemahiran sosial

Kemahiran hidup di bilik darjah
Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah. Ini termasuklah:

  • Mendengar dan mematuhi arahan
  • Berkelakuan sopan dan menghindari gangguan
  • Meminta bantuan
  • Memberi sumbangan dalam perbincangan
  • Membuat keputusan
  • Pengendalian konflik
  • Membina kemahiran akademik
  • Melaksanakan kewajipan
  • Bertanggungjawab atas tingkah laku anda

Menghadapi perasaan
Kemahiran sosial yang baik melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan perasaan anda sendiri. Ini termasuklah:

  • Mengetahui perasaan anda
  • Meluahkan perasaan anda
  • Memahami perasaan orang lain
  • Menguruskan kemarahan anda
  • Mengatasi perasaan takut dan malu
  • Menghargai diri anda

Menjadi asertif

Asertif dapat membantu anda dan menyatakan pandangan anda secara jelas dan tidak agresif.

  • Meluahkan pemikiran, perasaan, permintaan dengan jelas, apa yang anda kehendaki

Tip untuk menjadi asertif:

  • Menunjukkan kemesraan
  • Menggunakan hubungan mata yang baik
  • Bercakaplah dengan tenang dan jelas
  • Membuat permohonan secara terus dan jelas
    • Contoh : "Tolong buatkan ini untuk saya..."
  • Elak menggunakan soalan sebagai arahan (membuat orang lain berkata "tidak")
    • Contoh : "Bolehkah anda tolong....?" sebaliknya "Sudikah anda ...?" atau "Adakah anda rasa anda boleh ...?"
  • Luahkan perasaan dan fikiran dengan empati
  • Katakan "tidak" kepada apa yang anda tidak ingini
  • Tumpukan perhatian dengan apa yang ingin diubah
  • Elakkan menuduh dan menyalahkan orang lain
  • Beri maklum balas dengan tenang dan rasa hormat
  • Jangan bersangka buruk
  • Gunakan ayat "saya" berbanding ayat "awak"
    • Contoh:"Saya merasa tersinggung apabila anda memeriksa barang kepunyaan saya tanpa izin", berbanding "Awak membuat saya marah bila masuk ke bilik saya dan menyelongkar barang saya tanpa izin"
  • Ulangi pandangan anda, dengan nada yang rendah dan menyenangkan

Berinteraksi secara positif

  • Ambil inisiatif untuk membantu orang lain
  • Mendekati orang lain dengan cara yang boleh diterima
  • Dapatkan kebenaran lebih baik dari mendesak
  • Belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan
  • Berkongsi bahan/permainan

Pengendalian konflik
Mengetahui cara menghadapi konflik akan membantu anda meneruskan hidup dengan lebih baik.
Strategi pengendalian konflik:

  • Kawal emosi anda - Lihat Ketenangan
  • Jauhkan diri dari situasi yang boleh menimbulkan kemarahan anda
  • Luahkan perasaan anda secara asertif
  • Kenal pasti sebab berlakunya konflik. Siapakah yang bertanggungjawab? Sekiranya perlu, jauhkan diri dari orang yang menimbulkan konflik dan memikirkan cara dan merancang strategi untuk menyelesaikannya
  • Bertanya kepada orang tersebut sama ada dia mempunyai masa untuk berbincang
  • Beritahu mereka bagaimana perasaan anda (contohnya : Saya sangat sedih ketika ini)
  • Dengar. Dengar. Dengar. Benarkan orang itu memberi maklum balas
  • Berbincang tentang alternatif lain untuk menyelesaikan konflik tersebut
  • Teruskan untuk berbincang dengan tenang
  • Sekiranya konflik itu tidak boleh diselesaikan atau kemarahan anda semakin bertambah, beritahu orang itu yang anda perlu beredar dan ingin membicarakan tentang hal tersebut kemudian

KEYAKINAN DIRI

Apakah harga diri?
Harga diri adalah aset atau nilai diri yang menggambarkan perwatakan diri.

Mengapa perlu ada harga diri?
Nilai harga diri yang tinggi akan menjadikan anda:

  • Berkeyakinan
  • Bermotivasi
  • Dapat mengatasi masalah dengan baik

Harga diri membolehkan saya membuat pilihan semada menuju ke arah kejayaan atau kegagalan.
Dengan keyakinan diri yang baik saya mampu mencapai kejayaan.

Bagaimana saya dapat menilai harga diri sendiri?
Jika tiada harga diri, saya merasa:

  • Tidak yakin pada diri sendiri
  • Menyalahkan diri sendiri semasa mengalami kegagalan
  • Rasa bersalah
  • Merasakan diri tidak penting
  • Takut untuk memberi idea atau pandangan
  • Menyebabkan ketegangan perasaan
  • Rasa tidak selamat untuk menghadapi masa akan datang

Saya sentiasa memikirkan seperti:

  • Akan sentiasa dimarahi oleh ibu bapa
  • Penampilan diri yang lemah di sekolah
  • Saya merasakan:
    • Tidak dipedulikan
    • Diri dibuli
    • Diasingkan oleh guru-guru

Apakah kesan jika saya tidak menangani keadaan ini?
Kemungkinan:

  • Hilang keyakinan pada diri sendiri
  • Bertindak mengikut hawa nafsu untuk kepentingan diri sendiri
  • Rasa sedih
  • Sentiasa mengalah atau merendah diri
  • Cuba meniru
  • Merasa diri gagal
  • Gagal untuk menjadi dewasa
  • Kemungkinan berakhir dengan bunuh diri

Bagaimana untuk memperbaikinya?
Lakukan yang berikut:

  • Beri tumpuan pada kehendak dan kemahuan
  • Fokus dan tumpukan perhatian kepada kejayaan
  • Bina jati diri
  • Dapatkan bahan bacaan yang positif atau membina
  • Fokus kepada kekuatan diri
  • Pamerkan kehebatan atau keistimewaan diri anda

Elakkan:

  • Mengkritik diri sendiri
  • Mudah mengalah atau merendah diri
  • Meniru orang lain

"Kegagalan itu bererti anda masih belum mencapai kejayaan"

Di manakah boleh saya mendapatkan bantuan?
Anda perlu mendapatkan nasihat dari:

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru

ATAU
Dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai-pegawai Profesional:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

KEINGINAN DAN KAWALAN SEKSUAL

Apakah keinginan seksual

  • Keinginan seksual merujuk kepada minat seseorang dalam seks
  • Dorongan seksual adalah suatu perasaan dan desakan yang normal
  • Ia mempengaruhi pemikiran, kelakuan dan fantasi

Adakah keinginan seksual itu normal?

  • Perasaan ini adalah normal dan ia adalah sebahagian dari proses pembesaran
  • Setiap individu akan mengalami perasaan ini, ia disebabkan oleh perubahan hormon
  • Hormon ini penting untuk fungsi reproduktif dan seksual
Bilakah keinginan seksual menjadi tidak sihat?
  • Keinginan seksual yang tidak terkawal dan mendorong ke arah keganasan seksual (contohnya, rogol)
  • Tarikan seksual terhadap kaum sejenis, kanak-kanak dan haiwan

Apakah faktor yang mempengaruhi keinginan seksual?

Faktor yang bertanggungjawap termasuklah :
  • Dorongan dalaman

Sebagai seorang remaja yang normal, anda akan mempunyai perasaan dan minat seksual. Anda akan merasai tarikan seksual dan emosi terhadap kaum berlainan jenis, anda terdorong untuk menjalinkan hubungan fizikal.

sexual-desire

sexual_desire

  • Pendedahan kepada pesanan-pesanan lucah

Pendedahan yang berterusan terhadap maklumat yang akan menaikkan nafsu syahwat dalam bentuk media (contohnya, tayangan, television, majalah, internet dan lain-lain).

  • Kurang penyeliaan dan bimbingan dari orang dewasa yang bertanggungjawab.

Anda mungkin mendapat informasi yang salah tentang seksualiti di tempat-tempat seperti cybercafe tanpa bimbingan orang dewasa.

  • Situasi persekitaran

Bersendirian dengan pasangan anda di tempat yang sunyi seperti taman, dalam kereta, bilik, rumah dan tempat-tempat yang lain boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.

Bagaimana saya boleh mengawal keinginan seksual?

  • Berwaspada terhadap ransangan dalaman anda serta persekitaran yang boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.
  • Percaya dan berpegang pada nilai yang ada dalam diri anda.
  • Elakkan diri daripada situasi yang boleh membawa kepada peningkatan nafsu syahwat.
  • Jika keinginan seksual timbul, anda harus :
    • Hormati batasan masing-masing
    • Ketahui batasan anda
    • Belajar cara berkomunikasi dan bertolak ansur. Berani berkata TIDAK
    • Bertanggungjawab dan mengetahui akibat dari tindakan anda (Konsep 3R dan seksualiti)
  • Dapatkan informasi dari sumber yang boleh dipercayai :
    • Ibubapa anda
    • Guru
    • Doktor
    • Guru
  • Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang membina kemahiran. Contohnya :
    • Rakan muda dan aktiviti remaja
    • Prostar
    • Aktiviti belia dan sukan
  • Luahkan perasaan anda dan berkomunikasi dengan ibubapa anda atau orang dewasa yang boleh dipercayai.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang sihat. Contohnya: menjadi seorang sukarelawan dalam aktiviti kebajikan

sexual_desire


KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Pengenalan

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Apakah komunikasi yang berkesan?

Komunikasi yang baik merangkumi:
  • Penerangan yang jelas
  • Menunggu giliran untuk bercakap
  • Tidak ada yang baik dan buruk
  • Membantah dengan tenang
  • Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek dan jelas
  • Bertentang mata

komunikasi

  • Duduk tegak
  • Berkomunikasi dengan nada biasa
  • Bercakap bila perlu
  • Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
  • Meminta pertolongan dengan baik
  • Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Apakah komunikasi yang tidak berkesan?
Komunikasi yang tidak berkesan adalah:

  • Mencaci
  • Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
  • Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
  • Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
  • Bercakap sambil lewa
  • Menjerit
  • Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
  • Melepaskan geram

Apakah prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan?

  • Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
  • Mendengar dengan minat
  • Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
  • Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
  • Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti hati pendengar

Bagaimanakah keberkesanan mendengar?

  • Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
  • Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat. Beri sepenuh perhatian
  • Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti "oh" atau "Umm-hmm"
  • Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan

Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?

  • Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
  • Anda akan mendapat ramai kawan
  • Anda akan lebih difahami
  • Anda akan lebih baik di sekolah

Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?

  • Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
  • Anda susah difahami oleh orang lain
  • Segala kemahuan tidak dapat dicapai
  • Anda tidak disukai

Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?

  • Guru anda
  • Kaunselor
  • Pegawai Komunikasi
  • Pakar Psikologi

Tip bagi komunikasi berkesannya

  • Bagaimana anda berkomunikasi dengan orang lain?
  • Jawab soalan - soalan di bawah dan jumlah skor(Campurkan ) yang anda peroleh

Bagi setiap kenyataan bulatkan 1, 2, atau 3 bergantung kepada keberkesanan anda berkomunikasi dengan seseorang.

Adakah anda pengucap yang efektif?

Tidak/
jarang - jarang

Kadang-kadang

Kebiasaan

Bertentang mata semasa berkomunikasi?

1

2

3

Menunjukkan minat mendengar apa yang diperkatakan dengan menganggukkan kepala.

1

2

3

Tidak mengganggu semasa atau selepas rakan anda bercakap

1

2

3

Adakah anda menyoal soalan yang menarik menunjukkan anda berminat dengan apa yang diperkatakan?

1

2

3

Suara anda jelas, mudah didengari dan difahami oleh semua.

1

2

3

Adakah anda memberi perhatian kepada yang tidak bersuara?

1

2

3

Adakah anda pasti percakapan anda melibatkan dua hala atau hanya anda yang bercakap dan mendengar?

1

2

3

Adakah anda menghargai orang lain?

1

2

3

Anda cuba mengelak daripada menunjukkan tanda - tanda tidak menggemari percakapan seperti menguap walaupun percakapan tidak diminati.

1

2

3

Adakah anda mendapat kepastian terhadap sesuatu yang tidak pasti seperti yang diperkatakan?

1

2

3

Markah

  • Jika anda mendapat 25 markah atau lebih, anda adalah penyampai yang terbaik
  • Jika anda mendapat 16-24 markah, anda adalah penyampai yang berkesan
  • Jika anda mendapat kurang 15 markah, anda perlu mendalami komunikasi anda

Kemurungan

Pengenalan

Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.

Tanda & gejala

  1. Perubahan perasaan
    • Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
  2. Gangguan terhadap fungsi kognitif
    • Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.
    • Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.
    • Fikiran ingin membunuh diri.
    • Hilang keseronokan
    • Hilang tumpuan
    • Hilang minat
  3. Tanda Biologi
    • Hilang selera makan
    • Hilang berat badan
    • Gangguan tidur
    • Hilang keinginan seksual
    • Gangguan kitaran haid
    • Cepat lesu.

Komplikasi

Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan. Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang. Ia mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Rawatan

Kemurungan boleh dirawat secara berkesan. Terdapat banyak cara rawatan dan gabungan rawatan adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum sesuatu diagnosa dibuat dan rawatan dimulakan.

  1. Pharmacotherapy:
    • Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubat-ubatan ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia menerima lain-lain rawatan.
  2. Terapi Psychologikal:
    • Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya.
  3. Terapi Kognitif
    • Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik kejadian itu.
  4. Terapi Berkumpulan
    • Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah yang sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.
  5. Terapi "Electro-convulsive"
    • Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi mengancam nyawa atau dalam masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri yang tinggi.


Langkah Pencegahan
Teknik mengurangkan stress.

Pemulihan

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.

Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.

Friday, January 7, 2011

Jenis-jenis penyakit psikologi berkaitan seksual

Beastially:
Orang yang suka melakukan seks dengan haiwan atau binatang peliharaan seperti ayam, itik, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang dengan ular.

Exhibitionisme:
Orang yang suka melihat perempuan berjalan khusunya bahagian punggung sehingga menimbulkan keghairahan.

Fetishisme:
Lelaki yang suka menyimpan dan mengumpul barang-barang perempuan seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala dan sebagainya.

Homoseks:
Seks dikalangan lelaki sama lelaki, kebiasaanya mereka melakukan seks dengan cara memasukkan zakar ke dubur. Lelaki jenis ini jika berkahwin sekali pun, mereka tetap akan melakukan seks dengan isteri melalui dubur. Seks beginilah puncanya penyakit AIDS atau HIV

Incest:
Melakukan seks dengan keluarga terdekat seperti ibu, adik, kakak, bapa.

Lesbian:
Ia berlaku di kalangan anak-anak remaja perempuan yang tinggal di asrama atau di kilang-kilang. Biasanya kumpulan perempuan ini tidak sukakan lelaki, maka mereka beralih melakukan cumbuan-cumbuan dikalangan sesama mereka. Satu orang bertindak sebagai lelaki dan satu orang bertindak sebagai perempuan.

Molested:
Percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggung atau buah dada atau mengambil kesempatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan.

Necrophilia:
Orang yang melakukan seks dengan mayat.

Nymphomania:
Perempuan yang kuat nafsu seks, tidak puas satu lelaki. Mereka akan melakukan seks dengan banyak lelaki.

Onani:
Onani atau mastubasi, juga dikenali sebagai melancap, sama ada menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain, paha atau menggesel kelentit di kalangan remaja perempuan. Ianya akan menjadi keburukan, bila onani ini sudah menjadi melampau atau ketagih hingga terpaksa melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan fisikal dan mental. Lelaki juga turut melakukannya - malah jumlahnya lebih ramai.

Pedophilia:
Lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak atau cucunya sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada orang dewasa. Dianggap sebagai jenayah seks yang sangat berat.

Satyriasis:
Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan seks dengan banyak perempuan.

Scoptophilia:
Ini sejenis manusia yang suka dan seronok melihat orang lain bersetubuh. Jangan terkejut mendapati manusia ini suka melihat isterinya atau anaknya sendiri disetubuhi oleh orang lain.

Trollisme:
Lelaki yang suka melihat perempuannya disetubuhi oleh orang lain.

Wifeswapping:
Orang yang suka menggangu isteri dan suka lakukan seks pada isteri orang. Juga mereka suka bertukar-tukar isteri untuk seks.

Voyeirisme:
Orang yang suka mengintip perempuan mandi telanjang melalui mana-mana lubang yang terdapat di rumah mereka. Ada yang sanggup tidur satu malam diatas bumbung hanya sekadar melihat suami-isteri bersetubuh. Turut digelar sebagai Kaki Skodeng.

Zoophilia:
Orang yang suka melihat haiwan melakukan seks.