1) Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD)
Adakah anda seorang yang terlalu menitik berat tentang ketepatan masa? Adakah anda mahu persekitaran anda disusun rapi , tiada peralatan yang tidak terurus? Adakah anda bercita-cita terlalu besar, perlu menjadi pelajar terbaik, anak terbaik, ibu terbaik, isteri terbaik?
Adakah anda terlalu menitikberatkan perkara kecil sehingga kerja nada tergendala?
Sudah pastinya soalan di atas dijawab: YA.
Jika anda menjawab YA dan orang disekitar anda MERANA dengan sikap anda, anda mungkin mempunyai OCPD
Tahukah anda jika anda TERLALU tegas , TERLALU meletakkan cita-cita tinggi melangit sehingga tiada daya untuk mencapainya, anda akan KECEWA. Tidakkah anda terfikir ketegasan anda menyebabkan orang lain MERANA.
Pernahkah anda mendengar remaja membunuh diri semata-mata mendapat peperikasaan 8A dan 1 B?. Adakah anda beranggapan 80 markah tidak cukup baik dan 100% adalah target anda atau target ibubapa anda?.
Bukankah ramai orang yang gembira walaupun tidak TERLALU tegas dan bercita-cita tinggi seperti anda?.
Pakar psikiatri dan psikologi berpandangan bahawa hidup ini perlu SEDERHANA.
- Anda perlu meletakkan target yang RASIONAL dengan pencapaian anda. Jika peperikasaan terdahulu anda mendapat markah 40/100, 45/100 atau 50/100. Letakkan target untuk mendapat 60/100 bagi peperiksaan akan datang. BERUSAHA lebih keras lagi.
- Jangan takut dengan KEGAGALAN. Tiada salah untuk gagal. Tetapi salah jika anda tidak BANGKIT DARI KEGAGALAN.
No comments:
Post a Comment